Pada 13 hingga 15 november 2009, kelab Sains Bahan telah menganjurkan sebuah program kembara yang julung-julung kali diadakan. Destinasi kembara bertempat di Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai) yang mana organisasi program dikendalikan sendiri oleh ahli majlis tertinggi kelab. Untuk pengetahuan semua, program ni adalah program terakhir yang dikendalikan oleh barisan kepimpinan kelab sesi 2008/2009. Program ni juga merupakan antara program terbesar yang dianjurkan oleh kelab sains bahan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan kepada penasihat kelab kita, Dr. Nurinsan Kamil kerana beliau merupakan tunjang utama program ini. Idea asal program adalah dari Dr. Insan sendiri dan beliau lah yang mengiringi para pelajar ke taman negara. Terdapat 18 orang pelajar yang menyertai kembara kali ini termasuk 3 orang pelajar master dan PhD.
Program bermula pada hari jumaat di mana pelajar bertolak dari UKM pada pukul 9.00 pagi, setengah jam lewat dari masa yang dirancang kerana masalah bas yang tersilap tempat menunggu pelajar. Perjalanan ke destinasi pula memakan masa selama 4 jam setengah kerana bas menggunakan jalan lama (tak guna highway nk jimat tol agaknye). Apa pun, perjalanan tetap menarik walaupun menggunakan jalan kampung yang berbukit-bukit dan banyak selekoh (menyebabkan fatin menjerit ketakutan setiap kali bas melakukan drift di selekoh bukit). Hujan renyai-renyai menemani kami sepanjang perjalanan.Kami tiba pada pukul 130 ptg tetapi pejabat taman negara tidak dibuka lagi kerana waktu rehat. Disebabkan perut masing-masing telah berkeroncong, kami singgah untuk makan tengahari di pekan berhampiran.
Selepas pendaftaran dan taklimat ringkas dari kakitangan taman negara, kami memulakan ekspidisi dengan menaiki 4 wheel drive untuk masuk ke hutan. Perjalanan memakan masa selama 1 jam dengan menaiki 4wd yang gagah merentas laluan sukar yang berbukit-berbukit disertai dengan lumpur dan batu-batu yang membuatkan perjalanan amat mencabar dan menarik. Beberapa kali kepala akhwan terhantuk ke atas bumbung kenderaan kerana melambung setiap kali 4wd yang dinaikinya melanggar batu. Maklumlah, akhwan seorang yang slim, jadi badannya amat ringan sebab itu mudah saja badannya melambung. Dua orang pelajar master, se yong dan zhao leng pula gembira menikmati perjalanan sambil berdiri di belakang 4wd yang dinaikinya, ibarat cowboy yang menaiki kuda sambil menjerit-jerit. Kami tiba di kem tapah, tempat di mana kami akan menginap pada pukul 3.30 petang. Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan, kami disambut dengan makanan yang lazat disediakan oleh pihak taman negara. Gambar di bawah adalah pondok tempat kami menginap

bahagian atas kem terdapat lebih kurang 20 pondok untuk penginapan pengunjung
Setelah berehat, kami memulakan aktiviti pertama kami, 'Mandi Sungai'! Sangat menyeronokkan! air sungai yang sejuk dan pemandangan yang indah menyebabkan rasa letih perjalanan tadi hilang begitu saja, Dr Insan pun join sekali, Dr sangat sporting melayan karenah kami :)
Pada sebelah malam, selepas kami menikmati makan malam, hujan turun dengan lebat. Perancangan awal untuk mengadakan 'night walk' terpaksa dibatalkan atas nasihat pegawai taman negara. Walau bagaimanapun, aktiviti pada malam pertama kami tidak membosankan kerana kami menggantikan aktiviti night walk dengan bermain games sesama kami. Aktiviti yang dikendalikan oleh saudari timbalan kita, cik Fatin ni merangkumi permainan seperti 'cak-cak' (apetah nama betol game ni), 'bom-bom' (ni pon tak tau ape nama betol die), dan juga nyanyi-nyanyian yang diiringi oleh petikan gitar dari Pakya. Program menjadi gamat seketika apabila akhwan diminta untuk menunjukkan aksi-aksi seksi di depan kamera sebagai hukuman kerana kesilapan ketika permainan cak-cak. Ha chemo dan Fatonah pula diminta untuk 'mengorat' abang-abang taman negara kerana mereka juga melakukan kesilapan. Syahril dan Fatin pula berkonflik mengenai lagu negeri Perak mereka tetapi tidak dileraikan oleh pakya yang juga berasal dari perak, mungkin kerana Pakya malas melayan karenah adik-adiknya itu. Permainan bom-bom dimenangi oleh kumpulan 'go girls!' yang diketuai oleh Zaidi yang cukup lemah-lembut mengendalikan kumpulannya.
Hari kedua, iaitu hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Program utama pada hari ini adalah 'jungle tracking' ke TAKAH TINGGI. Satu pengalaman yang amat menarik dan mencabar telah kami lalui. Kami menggunakan jalan hutan untuk ke destinasi air terjun takah tinggi dengan dibantu oleh penunjuk jalan yang berasal dari kaum orang asli. Sepanjang perjalanan, kami telah bertemu dengan pelbagai flora dan fauna yang menarik, pelik, dan tidak pernah kami temui sebelum ini. Antaranya ulat gonggok gergasi, cacing gergasi, cendawan gergasi, gusi, (eh, ni tak jumpa), tongkat ali hitam, durian merah, pacat, dan macam-macam lagi. Mujur kami tidak bertemu dengan harimau, gajah dan babi hutan yang dikatakan menginap di dalam hutan yang kami lalui ini.
go ying ying!! go!!

berehat seketika di 'batu berteduh'

kami semua happy!!!
baik-baik fatin, jatuh kang sape susah?
sempat jugak bergambar
girls power!!!
penat, penat jugak, gambar tetap kene amek
yahoooooo!! air terjun!!
Inilah destinasi kami, air terjun Takah Tinggi!berehat seketika di 'batu berteduh'
kami semua happy!!!
baik-baik fatin, jatuh kang sape susah?
girls power!!!
yahoooooo!! air terjun!!Aktiviti jungle tracking kami berakhir pada pukul 3.30 petang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di sebuah kawasan untuk mandi-manda. Pukul 4 hingga 8 malam, masa kami dihabiskan dengan berehat dan membuat persiapan untuk BBQ dan perasmian pada sebelah malam. Semua pelajar tidur dengan nyenyak lebih-lebih lagi dalam suasana hujan yang sejuk.
Pada pukul 8 malam, program kami diteruskan dengan acara jamuan BBQ dan perasmian yang dihadiri oleh kakitangan-kakitangan taman negara dan pengurus taman negara. Majlis dirasmikan oleh Dr Insan selaku penasihat kelab.
muka-muka chef
tengah masak pun sempat lagi begambar
syahril yang kelaparan tidak mempedulikan kamera, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian pada makanannya
"Emmmm sedapnya ayam yang aku panggang ni" kata pakya
"the fatins", fatin dan fatonah bergambar dengan ayam BBQ mereka
Selepas acara perasmian dan BBQ, program kami diteruskan lagi dengan permainan seperti malam pertama yang kali ini disertai oleh Dr Insan, kakitangan serta pengurus taman negara. Terdapat satu penambahan permainan iaitu permainan 'buaya dan biawak'. Program berjalan dengan meriah terutama apabila Zaidi didenda oleh Ha Chemo di mana Zaidi dikehendaki menyanyikan lagu kau ilhamku dan twinkle-twinkle little stars. Zaidi berjaya me'nyumbang'kan lagu dengan baik manakala Kien You juga tidak kurang hebatnya dengan tarian chicken dance yang amat comel dan menggelikan hati. Program kami pada malam itu berakhir pada pukul 12 malam
Hari ketiga iaitu hari terakhir kami di taman negara selai, semua orang bangun agak lewat kerana semalam tidur lambat. Setelah menikmati sarapan yang dihidangkan, masing-masing sudah tidak sabar lagi untuk bermain 'water tubing'. Untuk permainan ini, setiap orang akan menaiki pelampung dengan berpakaian lengkap life jacket dan topi kaledar. Pakaian adalah seperti yang digayakan oleh model amatur kami, cik mimi seperti di bawah:
Setiap orang dibekalkan dengan satu pelampung dan satu pendayung. Kami dilepaskan di kawasan air terjun yang sangat tinggi (err.. tinggi ke?) dan merentasi sungai menggunakan pelampung sejauh 10km (errr... yang ni pun jangan pecaye, 1 km pun xsampai sbenanye). Sangat-sangat best bermain water tubing ini sehinggakan mimi, fatonah dan zaidi hampir-hampir tidak mahu turun dari pelampung. Setelah kami memujuk mereka, barulah mereka mahu turun. Ha Chemo pula sangat excited mendayung sehingga hanyut dibawa arus. Mujurlah beliau berjaya diselamatkan oleh seorang penyelamat yang tak berapa nak pandai berenang. Menurut Ha Chemo, beliau ingin mendayung hingga ke terengganu, kampung halaman beliau tetapi membatalkan niat apabila memikirkan kerugian yang ditanggung kerana tiket bas dah beli.Berikut merupakan gambar yang sempat dirakam ketika kami bermain water tubing:
gadis-gadis pelampung bertolak!
syahril dengan gaya bebasnya
Sementara para wanita bermain water tubing, kaum-kaum lelaki ada agendanya tersendiri. Masing-masing mempamerkan kehebatan masing-masing dalam melakukan aksi terjunan akrobatik menarik dan merbahaya yang tidak harus ditiru oleh kanak-kanak. Idea untuk melakukan terjunan datangnya daripada Syahril dan Kien You yang kemudiannya disertai oleh akhwan dan yusri. Pakya pula bertindak selaku jurukamera profesional, merakamkan aksi-aksi stunt yang jarang dipamerkan oleh pelajar-pelajar sains bahan sebelum ini. Apa yang menariknya, Dr Insan yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat anak muridnya tiba-tiba meluru ke arah batu tempat mereka melakukan terjunan sambil menjerit pada pakya "Ok! ok! sekarang saya pulak nak terjun! amek gambar ye!". Begitulah sportingnya Dr. Insan tapi sayangnya, kali ini pakya gagal melakukan tugasannya kerana beliau tidak berjaya mengambil gamba Dr Insan yang melakukan aksi summer-sault seakan-akan pemain manchester united, Nani yang meraikan jaringan golnya. (Arsenal is the best!). Berikut adalah antara aksi-aksi yang berjaya dirakam. Kredit to Pakya. AMARAN! JANGAN TIRU AKSI INI TANPA BIMBINGAN IBU BAPA!
hiyahhh!! yusri melakukan terjunan ala-ala ultraman taro
"baik aku selamatkan diri cepat" kata Dr Insan
Tendangan naga berapiii!!!! syahril menunjukkan hasil latihannya di gua batu cave

kami sangat hensem dan macho! mungkin itulah yang terbit di fikiran pakya dan zaidi ketika ini

"aku memang dah lame dok hutan ni, bia aku jalan dulu" kata akhwan

ekspresi muka Dr insan menunjukkan betapa riangnya beliau melalui jambatan kayu ketika ini

comel-comel semuanya
Dalam perjalanan pulang ke kem, pelajar-pelajar wanita telah diberi keistimewaan untuk pulang dengan menaiki 4wd dengan alasan mereka telah penat dan kulit kaki mereka telah melecet, maklumlah, perempuan... kulit lembut. Dr Insan juga menaiki 4wd untuk pulang dengan alasan beliau ingin menjaga pelajar-palajar wanita yang menaiki 4wd tersebut. (terdapat cakap-cakap belakang yang mengatakan bahawa sebenarnye Dr Insan mengelat, beliau saja je cakap macam tu konon nak jage girls, sebenarnya beliau saje nk naik 4wd, takyah penat-penat jalan kaki balik. Licik betol!).

"yeay! yeay! bestnye naik menda alah ni" kata mereka
Kami tiba di kem pada pukul 1230. Setelah menikmati makan tengahari, kami pun berkemas-kemas untuk kembali ke ukm dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tak mungkin dapat kami lupakan selamanya.
Pengalaman selama 3 hari di taman negara selai ini banyak mengajar kami erti kehidupan, kebesaran ilahi serta pentingnya semangat perpaduan dan persahabatan tak kira bangsa dan agama. Pengalaman yang dilalui semuanya manis-manis belaka. Kami jugan dapat merasakan ikatan persahabatan kami bertambah erat dan utuh.
Di sini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Insan kerana komitmen dan masa yang telah diluangkan oleh beliau untuk kami. Tanpa Dr. program kembara ini tidak akan menjadi kenyataan.Kami berasa amat bertuah dan beruntung kerana menjadi sebahagian daripada program ini. Terima kasih Dr.














10 comments:
it was a wonderfull trip! we really enjoy ourself!
kenangan terindah sebelum grab..
sangat seronok, will always be in my memory...
wahaha..kurang asam yusri.. :p
yup2..sgt best :)
ish eija ni, org citer taman negara die cite bola pulak, identiti penulis dirahsiakan la :P
waaa bestnyeee....
thanks of the organizers that planned such a wonderful trip ^^...arigatoo gozaimasu!!
hahahahahaha..mekacih mr.y sbb pndai brcerita.haha
p/s:mmg best dpt g ngn kawan-kawan.luv u alllllll:))
Post a Comment