Friday, January 22, 2010

gambar_GamBar AGM...=)

Dr.Norinsan menyampaikan amanat beliau...=)



Penyerahan sijil kepada saudara Yusri Helmi...=)




Dr. Chia yang turut memberi sokongan pada hari tersebut...


Antara pelapis..."Selamat Berjuang!!!"...=)


Ramaikan yang datang?!!!...Terima kasih kerana hadir memberi sokongan... Semoga semangat seperti ini berterusan...=)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SAINS BAHAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SAINS BAHAN
18 JANUARI 2010(ISNIN)
BILIK SEMINAR SISWAZAH, BANGUNAN FIZIK
11.00 PAGI


Seperti sedia maklum pada tarikh yang dinyatakan, Kelab Sains Bahan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sains Bahan...


Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi. Sebelum jam 11 telah ramai yang mengambil tempat di dalam bilik seminar siswazah bangunan fizik. Sungguh tidak disangka-sangka pada hari tersebut ramai pelajar Sains Bahan yang hadir sehinggakan bilik tersebut tidak muat. Para pelajar terpaksa menggunakan kerusi di perpustakaan di bangunan fizik bagi mendapatkan tempat duduk.(bukan mudah untuk mengumpulkan pelajar Sains Bahan dalam satu masa, bagi sesuatu program, memandangkan para pelajar mempunyai komitmen masing-masing terhadap perkara lain). Jadi, jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir dan memberi sokongan yang padu kepada "Kelab Sains Bahan".Perjumpaan kali ini mewajibkan para pelajar tahun satu dan tahun dua untuk hadir tetapi ramai juga pelajar tahun 3 yang turut memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut bagi memberikan sokongan. Terima kasih banyak-banyak...=)



Seperti biasa majlis dimulai dengan ucapan ringkas daripada saudari Hamizah Syamimi. Kemudian, para hadirin yang hadir disajikan dengan tayangan multimedia berkaitan aktiviti sepanjang sesi 2008/2009.


Seterusnya ucapan Pengerusi Kelab Sains Bahan sesi 2008/2009 disampaikan oleh saudara Yusri Helmi. Sejurus selepas itu, majlis diserikan dengan ucapan daripada Penasihat Kelab Sains Bahan, Dr. Norinsan Kamil sekaligus merasmikan perlepasan Jawatan Majlis Tertinggi sesi 2008/2009.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Chia Chin Hua, Penasihat Kelab Sains Bahan dan sejurus selepas itu beliau merasmikan perlantikan Majlis Tertinggi bagi sesi 2009/2010.


TAHNIAH!!! kepada yang telah dilantik. Semoga pada sesi ini, lebih banyak pembaharuan yang dapat diketengahkan bagi memantapkan lagi "KELAB SAINS BAHAN" ini...=)