Sunday, July 19, 2009

Interaksi Pelajar Tahun Satu (17-7-09)

Kesimpulannya, progam ini secar keseluruhannya dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan kami sangat berharap apa yang kita lakukan dapat dihargai oleh pelajar-pelajar junior.


Kelab Sains Bahan telah menganjurkan satu program interaksi bestari pelajar tahun satu sesi 2009/2010 pada 11 July 2oo9 di Bilik Seminar L123C bangunan kimia. Program ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang dan dihadiri oleh lebih kurang 50 orang pelajar sains bahan . Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan maklumat yang berkaitan dengan kursus sains bahan kepada pelajar tahun satu serta saling kenal-mengenali antara pelajar tahun satu MS dengan pensyarah dan pelajar senior MS.

sesi suaikenal antara pelajar tahun satu

Program interaksi bestari merupakan aktiviti pertama kelab bagi menjemput para pelajar sains bahan yang baru menjejak kaki di UKM. Program ini dimulakan dengan persembahan multimedia yang menarik dan kreatif. Kemudian, program ini diteruskan dengan sesi suaikenal antara pelajar tahun satu. Para pelajar dapat menggunakan masa ini untuk mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih mendalam. Sesi suaikenal amat bermakna kepada pelajar tahun satu kerana mereka dapat saling bantu-membantu untuk menyelesaikan masalah suatu hari nanti sama ada masalah pelajaran dan lain-lain.


Selepas sesi suaikenal, para pelajar akan menyertai satu aktiviti permainan.Dalam aktiviti ini, para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan membina sebuah bangunan yang dibuat daripada surat khabar sahaja mengikut kumpulan masing-masing. Dalam sesi ini, para pelajar boleh menggunakan kreatif mereka sendiri dan bekerjasama untuk menghasilkan sebuah bangunan yang kukuh dan tinggi. Para pelajar berpuas hati dengan aktivti permainan yang dikendalikan oleh pelajar sains bahan tahun dua.

Pelajar Sedang berusaha bina bangunan mereka

Bahan yang mereka gunna untuk bina bangunan

Program ini disambung pada pukul 3.30 petang dengan sesi ceramah yang diberi oleh Dr. Chia , pensyarah sains bahan. Kami amat bersyukur kerana Dr. Chia sanggup mengorbankan masa hujung minggu beliau demi untuk memberi informasi yang penting kepada pelajar-pelajar sains bahan tahun satu. Sesi ini penting untuk pelajar tahun satu supaya mereka dapat mengetahui maklumat tentang sains bahan, masa depan pelajar sains bahan selepas graduan serta berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar junior. Para pelajar diberikan peluang untuk meluahkan masalah mereka. Ceramah tamat pada pukul 4.30 petang dan para pelajar dihidangkan dengan makanan petang.


Pada pukul 5.00 petang, para pelajar telah meneyertai satu aktiviti permainan yang bertajuk “Explore Race”. Dalam aktiviti ini, pelajar dikendaki mencari sekitar tempat FST mengikut petunjuk yang diberi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk para pelajar mengetahui tempat-tempat sekitar FST terutamanya dewan kuliah. Akhirnya, program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.




Kesimpulannya, progam ini secar keseluruhannya dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan kami sangat berharap apa yang kita lakukan dapat dihargai oleh pelajar-pelajar junior.



Post ini disediakan oleh Tan sin woi

No comments: