Sunday, May 2, 2010

Bertemu & Berpisah Adat Kehidupan, Selamat Tinggal, Semoga Berjaya MSC07-10









Setiap detik yang dilalui semuanya manis belaka, kenangan yang terpahat di ingatan tidak akan luput selamanya, ingatlah wahai teman, di mana pun kita berada, ikatan yang terjalin sentiasa kukuh dalam sanubari, ini lah memori kita bersama...

Pada adik-adik, teruskanlah perjuangan, jangan mudah mengalah, anda semua adalah yang terbaik, jika diizinkan tuhan, kita berjumpa lagi, semoga berjaya, doakan kesejahteraan kita bersama..

Pada pensyarah-pensyarah, jasamu tidak dapat kami balas, hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga dapat kami hulurkan, terima kasih prof, dr., dan semua kaki tangan sains bahan yang telah banyak membantu kami, tanpa anda semua, kami tidak mungkin akan berjaya, terima kasih sekali lagi...

sekian, semoga kita berjumpa lagi....

-Sains Bahan sesi 2007/2008 - 2009/2010



MATERIAL SCIENCE IS THE BEST!!

Tuesday, March 23, 2010

recycle!!!!!

ATTENTION!!
Kelab Sains Bahan akan mengadakan satu program kitar semula;
Program Kitar Semula Sains Bahan
Tarikh: 25 Mac 2010
Tempat: Depan Bilik PMFST
Masa: 3-4 petang
Bagi sesiapa yang mempunyai barang untuk dikitar semula bolehlah dibawa pada hari tersebut.
diharap dapat memberikan kerjasama.
sekian terima kasih
=)

Majlis Makan Malam


Majlis Makan Malam Sains Bahan
2009/2010

Tarikh: 26 Mac 2010
Tempat: Palm Garden Hotel,IOI Resort,Putrajaya
Masa:8 pm
Tema: Garden

Tuesday, March 9, 2010

our family

family day
Bagan Lalang
March 7,2010


a moment to remember
this is us..ONE BIG FAMILY!!
MATERIAL SCIENCE

let the pics do the talking
=)






pendaftaran











briefing

Dr.Chia with family
(cute little Amelia kn?)

Dr.Insan with family



flying crocs aka baling selipar


3rd year


2nd year
first year






makan buah


isi air dalam botol








istana pasir


juri



ketua pengarah hari keluarga bersama Dr.Rozaidi


MATERIAL SCIENCE 2010!!
a total success!!


more pics soon





















Wednesday, March 3, 2010

family day 2009/2010



HARI KELUARGA SAINS BAHAN 2009/2010

TEMPAT : BAGAN LALANG,SUNGAI PELEK,
SELANGOR

TARIKH : 7 MAC 2010 (AHAD)
MASA : 7.30 PAGI-6 PETANG

-diwajibkan kepada pelajar tahun 1 dan 2.
-pelajar tahun 3 digalakkan hadir memeriahkan majlis.
-bas disediakan, sila berkumpul di Foyer Fizik pada jam 7 pagi.
-sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.
-anda diminta berpakaian yang sesuai dan berkasut(bagi yang berminat menyertai futsal dan bola tampar)
-digalakkan membawa baju tambahan dan pakaian solat(bagi yang beragama islam)
-bayaran dikenakan sebanyak RM5,wajib kepada semua pelajar.
-BERMINAT?? sila confirmkan kehadiran kepada Siti Nadzirah Bt Wahie (0148848460/nadz_wh@yahoo.com.my)
-bayaran boleh dibuat sebelum dan pada hari pendaftaran.
-diharapkan datang tepat pada masanya.




Friday, January 22, 2010

gambar_GamBar AGM...=)

Dr.Norinsan menyampaikan amanat beliau...=)



Penyerahan sijil kepada saudara Yusri Helmi...=)




Dr. Chia yang turut memberi sokongan pada hari tersebut...


Antara pelapis..."Selamat Berjuang!!!"...=)


Ramaikan yang datang?!!!...Terima kasih kerana hadir memberi sokongan... Semoga semangat seperti ini berterusan...=)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SAINS BAHAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SAINS BAHAN
18 JANUARI 2010(ISNIN)
BILIK SEMINAR SISWAZAH, BANGUNAN FIZIK
11.00 PAGI


Seperti sedia maklum pada tarikh yang dinyatakan, Kelab Sains Bahan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sains Bahan...


Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi. Sebelum jam 11 telah ramai yang mengambil tempat di dalam bilik seminar siswazah bangunan fizik. Sungguh tidak disangka-sangka pada hari tersebut ramai pelajar Sains Bahan yang hadir sehinggakan bilik tersebut tidak muat. Para pelajar terpaksa menggunakan kerusi di perpustakaan di bangunan fizik bagi mendapatkan tempat duduk.(bukan mudah untuk mengumpulkan pelajar Sains Bahan dalam satu masa, bagi sesuatu program, memandangkan para pelajar mempunyai komitmen masing-masing terhadap perkara lain). Jadi, jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir dan memberi sokongan yang padu kepada "Kelab Sains Bahan".Perjumpaan kali ini mewajibkan para pelajar tahun satu dan tahun dua untuk hadir tetapi ramai juga pelajar tahun 3 yang turut memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut bagi memberikan sokongan. Terima kasih banyak-banyak...=)



Seperti biasa majlis dimulai dengan ucapan ringkas daripada saudari Hamizah Syamimi. Kemudian, para hadirin yang hadir disajikan dengan tayangan multimedia berkaitan aktiviti sepanjang sesi 2008/2009.


Seterusnya ucapan Pengerusi Kelab Sains Bahan sesi 2008/2009 disampaikan oleh saudara Yusri Helmi. Sejurus selepas itu, majlis diserikan dengan ucapan daripada Penasihat Kelab Sains Bahan, Dr. Norinsan Kamil sekaligus merasmikan perlepasan Jawatan Majlis Tertinggi sesi 2008/2009.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Chia Chin Hua, Penasihat Kelab Sains Bahan dan sejurus selepas itu beliau merasmikan perlantikan Majlis Tertinggi bagi sesi 2009/2010.


TAHNIAH!!! kepada yang telah dilantik. Semoga pada sesi ini, lebih banyak pembaharuan yang dapat diketengahkan bagi memantapkan lagi "KELAB SAINS BAHAN" ini...=)